gunolinux! adalah untuk kita semua belajar dan memberi pandangan bersama mengenai penggunaan sistem sumber terbuka dalam bahasa melayu, aku bukan lah pandai sangat dalam bidang ni tapi aku kongsi apa yang aku ada dgn semua...terutama linux.jom belajar!

Bagaimana nak dapatkan Linux??

Salam kepada semua,

Anda mahu dapatkan salinan Linux untuk PC, Laptop @ Server anda.


Kepada sesiapa yang mahu melihat barangan saya yang jual di ebay, sila klik di sini.

Sunday, August 16, 2009

Mengapa saya menggunakan Linux Desktop di rumah @ di pejabat saya??

Hmmmm...Mengapa?Mengapa?Mengapa?

1.Percuma>>Saya tidak perlu membayar sehingga beratus-ratus ringgit untuk mengunakan komputer saya untuk menaip kerja-kerja sekolah/pejabat atau melayari internet kerana sistem operasi yang percuma, saya cuma perlu membayar masa dan sekeping cd/dvd.

2.No Antivirus>>Saya tidak perlu membayar untuk perisian Antivirus, saya tidak perlu membuang masa untuk mengemaskini database perisian antivirus saya kerana sistem operasi saya tidak memerlukan antivirus; saya kebal!

3.No Firewall>>Saya tidak perlu membayar untuk sistem firewall yang mana kadang-kadang tidak boleh diharapkan kerana sistem operasi saya telah terbina dengan sistem firewall; yang mana nilai defaultnya sudah mampu menghalang pencerobohan biasa. Anda perlu melakukan lebih dari itu untuk masuk dalam komputer saya!.

4.OpenOffice>>Saya mahu menaip, mengira dan persembahan digital; dan saya tidak perlu membayar beratus ringgit untuk menggunakan perisian pejabat hanya untuk menulis artikel atau resume' saya.

5.Internet>>Saya tidak perlukan browser yang terlalu banyak feature; yang mana bila saya menggunakannya ia melembapkan komputer saya. Sistem operasi saya didatangkan dengan browser yang cukup mudah dan pantas; sungguh pantas. Malah sekiranya saya tidak suka dengan browser yang diberikan saya boleh mengguna browser yang lain. Saya cuma mahu membuka emel saya!.

6.Permainan>>Saya nak main game! Mengapa tidak?. Saya boleh bermain pelbagai jenis permainan komputer yang percuma dan berbayar, malah yang percuma untuk sistem operasi saya begitu banyak dalam ruang siber; saya cuma perlukan sambungan kepada internet dan google sahaja atau melalui repositori dalam sistem operasi saya.

7.Bebas>>Saya bebas menjadikan sistem operasi saya kelihatan seperti apapun seperti mac atau seperti windows @ saya cuma pakai apa yang dah tersedia oleh sistem operasi saya. Saya tidak dikongkong oleh kehendak pembuat sistem operasi saya.

8.Tolong>>Sekiranya saya mempunyai masalah saya mempunyai kawan-kawan dari seluruh dunia yang boleh membantu saya, malah saya juga boleh membantu mereka sekiranya mereka melalui masalah yang telah saya lalui pada sistem operasi komputer saya.

9.Kuasa>>Inilah yang paling saya suka; saya mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap komputer saya seluruhnya, sebagai root saya mampu lakukan apa sahaja kepada sistem operasi saya. Saya mampu menjahanamkannya!:-)

10.Anda>>Yang ke sepuluh; anda sendiri yang harus menerokai dan menentukan kelebihan apa yang anda dapat dari sistem operasi linux kerana terdapat begitu banyak peluang untuk diterokai, dipelajari dan dihasilkan. Dan kerana akhirnya yang menentukan keupayaan sesuatu sistem operasi adalah anda sendiri. Manusia disebalik mesin!.

Oleh itu kerajaan kita seharusnya menggunakan sistem sumber terbuka ini di jabatan-jabatan mereka dan di seluruh pejabat-pejabat kerajaan, dengan itu kita mampu menjimatkan wang rakyat sehingga berjuta-juta ringgit; dan wang itu boleh kita salurkan kepada jabatan-jabatan yang lebih memerlukan seperti pertahanan,pendidikan dan kesihatan. Sistem sumber terbuka bukanlah bermaksud kita membuka sistem kita kepada pencerobohan tetapi bermaksud kod sumber untuk sesuatu sistem itu boleh dilihat dan diubah mengikut kehendak kita; oleh itu kita mampu menentukan tahap keselamatan sistem kita tanpa perlu bergantung kepada sistem yang mana kita tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan keboleharapan sistem tersebut melindungi maklumat-maklumat sensitif negara.