gunolinux! adalah untuk kita semua belajar dan memberi pandangan bersama mengenai penggunaan sistem sumber terbuka dalam bahasa melayu, aku bukan lah pandai sangat dalam bidang ni tapi aku kongsi apa yang aku ada dgn semua...terutama linux.jom belajar!

Bagaimana nak dapatkan Linux??

Salam kepada semua,

Anda mahu dapatkan salinan Linux untuk PC, Laptop @ Server anda.


Kepada sesiapa yang mahu melihat barangan saya yang jual di ebay, sila klik di sini.

Tuesday, September 15, 2009

Skrin gelap lepas kemaskini sistem??!!

Kemaskini pakej dan anda dapati bila anda reboot semula sistem anda; SKRIN GELAP!!!
Ini mungkin terjadi kerana kemaskini pakej; kebiasaannya melibatkan linux-image dan perisian grafik anda.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan masalah anda. Semoga berjaya!!

  1. Pilih "Recovery Mode" dari menu boot.
  2. Pilih login sebagai root dari menu "Recovery Mode".
  3. Taip seperti di bawah ke dalam prompt anda:-
             # sudo apt-get remove xorg-driver-fglrx
        # sudo dpkg-reconfigure -phigh xserver-xorg


    4. Exit
             # exit

    5. Sekarang pilih "Resume to normal boot" dari menu.

Kini sistem anda sepatutnya kembali seperti biasa @ paling tidak pun kembali ke login skrin anda seperti biasa tetapi tanpa grafik.

Pengalaman saya lakukan ini pada laptop Acer Aspire 4520, NVIDIA GeForce 7000M, JAUNTY JACKALOPE sistem.
Selepas berjaya; saya terpaksa kemaskini semua pakej-pakej terbaru yang ada dan lakukan Re-installation untuk semua "driver" nvidia melalui Synaptic Package Manager supaya sistem tersebut kembali seperti biasa dengan grafik.

Semasa langkah ke 2; pilihan root anda haruslah sama dengan " Drop into root with shell prompt".
Semasa langkah ke 3; arahan yang pertama untuk membuang xorg driver; keputusan yang keluar adalah sistem tidak pernah di instalasikan dengan xorg driver; jadi jawapan yang harus diberikan adalah "no". Sekiranya keputusan yang keluar adalah sistem di instalasi dengan xorg driver; jawapan adalah "yes".

Langkah-langkah yang lain adalah seperti biasa.

Sila berikan komen pengalaman anda.

Terima kasih.


Monday, September 7, 2009

technorati!

ayedi789hm

Saturday, September 5, 2009

Ada apa dengan Karmic??

Beberapa hari lepas, kumpulan pembangun Ubuntu melepaskan prototaip seekor binatang yang ganjil; Karmic Koala dari jenis Alpha 5;-).Ubuntu 9.10; apa yang menarik kali ni?Mari kita sama-sama lihat:-

  • Ubuntu Installer Slideshow(Gambar)
  • OpenOffice.org office suite 3.1.1
  • Gnome 2.28 Beta 2 (2.27.91)
  • Linux Kernel 2.6.31-9.29, berasaskan linux kernel 2.6.31 RC8
  • X-based boot screen(Gambar)
  • GIMP 2.6
  • Mozilla Firefox 3.5
  • Mozilla Thaunderbird 2
  • Pidgin 2.6(bukan sebagai default)
  • dan banyak lagi.
Tak sabar nak tunggu BETA!!




Ubuntu 9.10's New X Splash

Arahan Asas yang perlu diketahui dalam Linux!(BAHAGIAN 1)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-52!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Artikel ini adalah untuk individu-individu yang baru mempelajari linux dan mahu melakukan sesuatu pada sistem linux mereka @ melakukan sesuatu yang lebih sedikit dari pengguna linux biasa.

Kepada pengguna biasa (yang hanya menggunakan sistem operasi linux untuk menaip, melayari internet dan menonton), artikel ini bukan untuk anda; tetapi tidak salah untuk anda membaca bagi menimba ilmu dan sekiranya anda mahu mencuba, pastikan anda tahu dan faham apa yang sedang anda lakukan.

Di bawah ini adalah arahan-arahan yang selalu kita gunakan di dalam linux. Tekan <Tab> di dalam terminal/shell anda untuk melihat semua senarai arahan (di dalam PATH anda). Di dalam sistem operasi saya ia menyebut bahawa terdapat 3057 arahan yang boleh saya lancarkan di dalam PATH saya. Kebanyakan arahan-arahan ini boleh di lihat melalui GUI kegemaran anda (KDE, Gnome @ etc); contoh Ubuntu: klik kanan pada simbol menu anda>>Edit Menus>>Menus:Internet>>Items: Pidgin Internet Messenger>>Properties; dan anda boleh lihat apakah arahan pelaksana untuk Pidgin Internet Messenger tersebut di dalam petak Command. Kesemua arahan-arahan ini boleh dilaksanakan di dalam terminal/shell. Mana-mana program yang memerlukan GUI untuk dilaksanakan harus dilaksanakan dari terminal yang dibuka di dalam GUI.

Legenda:
<> = Kekunci fungsi pada papan kekunci anda. Sebagai contoh <Ctrl> menunjukkan kekunci "control".
italic = nama fail atau pengubah yang mungkin anda mahu masukkan sendiri.
fixed with = nama-nama fail dan arahan-arahan linux sebaris.

Nota untuk UNIX:
1. LINUX IS CASE SENSITIVE. Sebagai contoh: pidgin, PIDGIN dan pIDgin adalah arahan-arahan yang berbeza. Dan juga FAil_saya, fail_saya dan FAIL_saya adalah fail-fail yang berbeza. Begitu juga dengan nama login dan kata laluan anda adalah kes yang sensitif.
2. Nama fail boleh mencapai sehingga 256 karakter panjang dan boleh mengandungi huruf, nombor, "."(dot), "_"(underscore), "-"(dash); dan beberapa karakter yang tidak disarankan.
3. Fail yang mana namanya bermula dengan "." kebiasaannya tidak diperlihatkan dengan arahan ls(senarai). Kerana fail ini telah disembunyikan "hidden". Anda perlu menggunakan ls -a(senarai dengan pilihan semua "all" ) untuk melihat senarai fail-fail ini.
4. "/"adalah sama dengan DOS "\" (direktori root, bermaksud ibu kepada semua direktori yang lain).
5. Di dalam linux, kesemua direktori adalah dibawah satu direktori utama( tiada huruf cakera keras gaya DOS di dalam linux)
6. Di dalam fail konfigurasi, barisan ayat yang dimulai dengan # adalah komen; dan ia tidak di proses oleh sistem anda; dengan kata lain kehilangan barisan yang dimulai dengan # tidak akan memberi apa-apa kesan pada sistem operasi anda.
 
Arahan-arahan asas dan pintasan-pintasan utama linux

<Ctrl><Alt><F1>
Tukar ke terminal teks yang pertama(hanya untuk linux boot di bawah teks bukan di bawah GUI). Dibawah linux anda boleh membuka beberapa terminal(6 di dalam standard setup) dalam masa yang sama.

<Ctrl><Alt><Fn> (n=1..6)
Tukar kepada terminal teks ke n.

tty
Cetak nama terminal yang anda taip arahan ini.

<Tab>
Ini adalah fungsi arahan Autocomplete sekiranya cuma terdapat satu pilihan arahan sahaja, atau ia akan menunjukkan semua pilihan yang ada. Amat sesuai bila anda bekerja tanpa GUI, ia memudahkan anda tanpa perlu menghafal setiap arahan yang anda mahu lancarkan.

<ArrowUp>
Di dalam GUI terminal atau terminal teks, kekunci ini mampu menunjukkan sejarah arahan-arahan yang telah anda gunakan sebelum ini; anda boleh edit dan tekan <Enter> untuk laksanakan.

<Shift><PgUp>
GUI terminal atau terminal teks, pintasan ini adalah untuk memaparkan output terminal ke atas.

<Shift><PgDown>
GUI terminal atau terminal teks, pintasan ini adalah untuk memaparkan output terminal ke bawah.

<Ctrl>c
Padamkan/hentikan proses kini(kebanyakan di dalam mod teks untuk aplikasi-aplikasi kecil)

<Ctrl>d
Keluar dari terminal kini.

<Ctrl>s

Hentikan pemindahan ke terminal.

<Ctrl>q
Sambung pemindahan ke terminal. Anda boleh mencuba langkah ini sekiranya terminal anda berhenti dari bertindakbalas.

<Ctrl>z
Hantarkan proses kini ke belakang tabir. Bermaksud anda tidak perlu memaparkan output proses sesuatu aplikasi pada desktop anda atau terminal; dan anda boleh melakukan kerja-kerja yang lain.

exit
Keluar. Saya juga boleh menggunakan logout untuk mendapatkan kesan yang sama

reset
Bagi memulihkan terminal yang mengalami kekacauan paparan output( terminal yang memaparkan karakter-karakter pelik atau melucukan) pada tetapan default.

<MiddleMouseButton>
Tampal teks yang kini sedang disorotkan; "highlighted" di tempat lain. Ini adalah operasi salin dan tampal yang normal di dalam linux. Sesuai digunakan dengan tetikus Linux-ready 3-button.

~
(tilde)Direktori home saya (kebiasaannya direktori ini adalah /home/login_name). Sebagai contoh, arahan cd ~/Documents akan mengubah direktori dari mana saya bekerja kepada sub-direktori  "Documents" di bawah direktori home saya. "cd" sahaja mencukupi untuk arahan yang hampir sama(cd ~) dan output yang sama.

.
(dot)Direktori kini. Sebagai contoh,  ./program_saya akan cuba untuk melaksanakan fail "program_saya" yang terdapat di dalam direktori kini.

..
(dua dot)Direktori ibu kepada direktori kini.Sebagai contoh, arahan cd .. akan mengubah direktori saya kini ke tahap satu lebih tinggi berbanding direktori kini(ibu kepada direktori kini).

Arahan-arahan biasa linux--maklumat sistem

pwd
Cetak nama direktori yang saya sedang bekerja kini.

hostname
Cetak nama mesin yang sedang anda bekerja kini. Gunakan netconf (sebagai root) untuk menukar nama mesin anda.

whoami
Cetak nama login saya.

id username
Cetak id pengguna dan id kumpulannya, id efektif (sekiranya berbeza dari id sebenar) dan kumpulan-kumpulan tambahan.

date
Cetak atau tukar tarikh dan masa sistem operasi anda. Sebagai contoh, anda boleh menukar tarikh dan masa kepada 2010-12-31 23:59 dengan menggunakan arahan ini:-
date 123123592010

time
Kaji berapakah jumlah masa yang perlu di ambil untuk satu-satu proses itu siap sekali dengan maklumat-maklumat yang lain. Jangan keliru dengan arahan date. Sebagai contoh, saya dapat mencari tempoh masa yang diperlukan untuk memaparkan kandungan direktori dengan menggunakan:
time ls

who
Selidik siapakah pengguna yang telah log masuk ke mesin anda.

rwho -a
(=remote who) Selidiki semua pengguna yang telah log masuk ke dalam rangkaian anda. Bagi menjalankan servis ini; rwho service mestilah di"enable"kan terlebih dahulu. Sekiranya secara tetapan default ia masih belum di"enable"kan; anda perlulah menjalankan tetapan sebagai root untuk "enable"kan "rwho".

finger user_name
Maklumat sistem mengenai pengguna. Cuba:  finger root

last
Paparkan senarai pengguna terakhir yang telah log masuk sistem anda.

history | more
Paparkan yang terakhir (sehingga 1000) arahan-arahan yang telah dilaksanakan dari terminal untuk akaun pengguna kini. "|more" akan menjadikan paparan berhenti selepas memenuhi skrin.

uptime
Paparan jumlah masa semenjak reboot yang terakhir.

ps
(=print status) Senaraian proses-proses yang dijalankan pengguna kini.

ps axu | more
Senarai semua proses-proses yang sedang berjalan, walaupun tanpa kawalan terminal, sekali dengan nama pengguna bagi setiap proses.

top
Teruskan penyenaraian proses-proses yang terkini sedang berjalan, mengikut aturan penggunaan cpu(pengguna utama pertama)

free
Maklumat memori (kb)

df -h
(=disk free) Cetak maklumat cakera tentang semua sistem fail(dalam bentuk yang boleh dibaca manusia).

du / -bh | more
(=disk usage) Cetak dengan terperinci penggunaan cakera untuk setiap subdirektori bermula dengan "/" (root) direktori.

cat /proc/cpuinfo
Maklumat cpu--ia menunjukkan kandungan fail cpuinfo. Untuk pengetahuan, fail di dalam /proc direktori bukanlah fail yang sebenar--ia adalah untuk melihat maklumat yang ada pada kernel.

cat /proc/interrupts
Senaraikan sebarang gangguan dalam penggunaan.

cat /proc/version
Versi linux dan pelbagai maklumat yang lain.

cat /proc/filesystems
Tunjukkan jenis-jenis sistem fail yang sedang digunakan kini.

cat /etc/printcap
Tunjukkan tetapan pencetak.

lsmod
(Arahan ini untuk root sahaja. Untuk pengguna bukan root anda perlu gunakan arahan ini /sbin/lsmod.) Menunjukkan modul kernel yang sedang dimuat kini.

set|more
Menunjukkan persekitaran yang digunakan pengguna sekarang.

echo $PATH
Menunjukkan kandungan pengubah persekitaran "PATH". Arahan ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan pengubah-pengubah persekitaran yang lain. Gunakan "set" untuk melihat persekitaran sepenuhnya.

dmesg | less
Cetak mesej kernel (kandungan yang dikenali sebagai kernel ring buffer). Tekan "q" untuk keluar "less". Gunakan less /var/log/dmesg untuk melihat "dmesg" yang dibuang ke dalam fail ini selepas sahaja kali terakhir sistem anda bootup semula.

Artikel ini akan bersambung dalam BAHAGIAN 2.