gunolinux! adalah untuk kita semua belajar dan memberi pandangan bersama mengenai penggunaan sistem sumber terbuka dalam bahasa melayu, aku bukan lah pandai sangat dalam bidang ni tapi aku kongsi apa yang aku ada dgn semua...terutama linux.jom belajar! DAN MAIN!!!

PERHATIAN!PERHATIAN!PERHATIAN!

Salam kepada semua,

Anda mahu lihat tawaran, pos atau entri saya yang terkini?


Kini saya lebih kerap kemaskini blog XOXV.

Sila ikuti saya disana juga.

Wednesday, November 25, 2009

The look of windows 7 on Ubuntu 9.10

Kenapa saya perlu tukar antaramuka ubuntu?
Sebab saya bosan dengan warna dia, warna yang hanya sesuai untuk padang pasir Afrika. Nasib baiklah Gnome desktop environment boleh diubah mengikut citarasa yang kita ingini.
Mengapa saya pilih untuk mimik windows 7?
Sebab komputer saya yang satu lagi sudah hampir mimik Mac OSX, dan yang ini saya ingin cuba meniru windows 7; walaupun ianya bukanlah 100% menyerupai windows 7.

Cuba lihat gambar mimikan dibawah.














Sekian.


Tuesday, November 24, 2009

Nvidia aku tidak boleh simpan konfigurasi.

Kepada yang mengalami masalah yang sama dengan saya; masalah menyimpan konfigurasi Nvidia X Server Setting, apabila ingin membuat simpanan konfigurasi yang baru; output seperti berikut: "Failed to parse /etc/X11/xorg.conf".

Bolehlah mencuba cara ini.

Buka terminal anda.

sudo gedit /etc/X11/xorg.conf

Teks editor gedit akan memaparkan kandungan fail xorg.conf; anda "copy and paste" kandungan tersebut ke dalam teks editor yang baru. (Buka fail teks editor yang baru dalam gedit; File>>New)

Kemudian simpan dimana-mana direktori yang anda suka sebagai backup dengan nama xorg.conf.backup.

Ini bertujuan menyelamatkan konfigurasi Nvidia X Server Setting terdahulu sekiranya konfigurasi baru membawakan masalah paparan pada monitor anda.

Penyelesaian:

>>Buka terminal/shell anda
>>sudo rm /etc/X11/xorg.conf

Arahan ini adalah bagi membuang fail xorg.conf

>>gksudo nvidia-settings
Arahan ini adalah untuk memulakan semula Nvidia X Server Settings.
Kemudian lakukan semua perubahan konfigurasi yang anda mahukan, "apply", simpan konfigurasi baru anda dan nvidia-settings akan lihat bahawa tiada fail xorg.conf. Window baru akan terbuka dan anda klik pada "Show Preview"; sila salin kandungan fail tersebut. Biarkan nvidia-settings terbuka dan buka terminal/shell yang baru.

>>sudo touch /etc/X11/xorg.conf && sudo gedit /etc/X11/xorg.conf
Arahan touch akan menghasilkan fail baru dalam /etc/X11 dan arahan gedit akan membuka fail tersebut di dalam perisian gedit(teks editor).

Tampalkan isi kandungan fail yang anda salin dari nvidia-settings tadi dalam fail xorg.conf tersebut. Simpan dan boot semula.

Selamat berjaya!




Wednesday, November 18, 2009

Ubuntu 9.10

Salam, ketika semua orang kalut pasal nak install windows 7, saya masih asyik bermain dengan linux saya, kenapa??
Entah, kini MS semacam tiada "soul" untuk menarik saya menggunakannya, apa yang saya dengar dan baca dari berita-berita internet semuanya kedengaran windows 7 adalah OS terbaik kini. Mungkin ya mungkin tidak. Siapa yang menentukan itu semua, anda sendiri; pengguna. Di sini saya bukan hendak menilai windows 7 atau Ubuntu 9.10. Hanya untuk berkongsi gambar-gambar Ubuntu Karmic Koala yang telah saya instal pada sistem berperkakasan Pentium D, 512 RAM dan Geforce 7600 GS.

CD ini saya pinta dari Ubuntu.com dan di hantar dari Netherlands. Mengapa pinta?
Kerana kini saya menggunakan sambungan dial-up;-) (sementara waktu)



Instalasi ini dilakukan secara "fresh installation". Asalnya bercadang nak jadikan mesin ini pelayan firewall; mungkin tak jadi (kena cari mesin lain).


Apa yang baru? Ubuntu Software Center.


CD yang dikurier kepada saya.

Komen anda tentang Ubuntu 9.10 (Karmic Koala)??

Sekian.



Friday, October 30, 2009

I really hate when this happen!!



Saya sangat menyampah bila kandungan yang saya cari, paparan outputnya seperti gambar di atas.

Content Filter dan yang seadik-beradik dengannya. Biasanya benda ini dipasang pada hos sesebuah rangkaian(network); kalau di Malaysia yang mana tiada undang-undang kandungan internet seperti di China, kebiasaannya syarikat-syarikat atau organisasi-organisasi yang memasang perisian tambahan seperti ini di dalam hos mereka. Dan kita sebagai pengguna rangkaian tersebut sudah tentu terbeliak biji mata, ternganga mulut dengan ketidakadilan seperti ini:-)

Mula la kita mencari macamana nak loloskan diri dari hantu ini. Macam-macam cara, ada yang guna perisian tanpa installer (UltraSurf) dan ada yang guna laman-laman proxy secara talian( tetapi yang ini pun selalunya dah ditapis ). Dan ada juga yang redha ajelah!

Tetapi semua yang di atas itu untuk pengguna windows-orang-orang yang masuk rumah ikut jendela.

Macamana dengan kita pengguna linux(umum), Ubuntu(sebab saya guna yang ini sekarang):-)

Setelah di google punya google, saya terjumpa dengan sebiji bawang.BAWANG??!!!

Ya, BAWANG!

Ini bukan calang-calang bawang, bawang ini dikenali sebagai "TOR".
Maaf, bawang ini bukan untuk di makan, bawang ini yang akan membantu menjaga keselamatan anda dalam talian dan secara tidak langsung tiada lagi sekatan lagi dalam penggunaan internet, yang ada cuma etika anda sebagai budi bicara pengguna internet dan pekerja sekiranya anda bekerja:-)

Sila layari laman https://www.torproject.org/

Tor adalah perisian percuma dan merupakan rangkaian terbuka yang mana mampu membantu anda mempertahankan diri(mesin dan diri anda sendiri) dari ancaman-ancaman berbentuk peninjau rangkaian yang mengancam kebebasan individu dan persendirian, aktiviti-aktiviti dan hubungan-hubungan perniagaan yang sulit dan keselamatan dalam negeri.

Bagaimana Tor membantu anda?Tor melindungi anda dengan cara melambung komunikasi anda di dalam rangkaian geganti yang luas(distributed network of relays) yang dijalankan oleh sukarelawan-sukarelawan seluruh dunia: ia mencegah seseorang melihat sambungan internet anda bagi memastikan pemangsa tidak mampu mempelajari laman mana yang anda lawati, dan ia mencegah laman-laman yang anda lawati dari mengetahui lokasi fizikal anda. Tor berfungsi dengan pelbagai perisian yang sudah tersedia bersama anda, browser,IM, remote login, dan pelbagai aplikasi berasaskan TCP protocol.

Siapakah yang menggunakan Tor?
  • Wartawan dan blogger
  • Pekerja-pekerja hak asasi manusia
  • Pegawai penguatkuasa undang-undang
  • Tentera
  • Syarikat-syarikat
  • Penduduk-penduduk di kawasan rejim penindas
  • Pengguna biasa
Anda mahu mengetahui lebih lanjut untuk apa mereka gunakan Tor?Klik sini.

Apa yang perlu anda tahu tentang Tor.
Tor tidak secara langsung enkrip semua aktiviti internet anda dan anda perlu faham apa yang Tor lakukan dan tidak lakukan untuk anda.

Tor dibangunkan oleh komuniti seluruh dunia dan merupakan sistem terbuka(anda boleh lakukan apa sahaja terhadap perisian ini mengikut kehendak anda atau rangkaian anda>>hanya untuk pembangun perisian sahaja).

Muat-turun

Tor adalah perisian multi-platform, untuk pengguna Ubuntu anda dinasihatkan tidak menggunakan repositori Ubuntu untuk membuat instalasi perisian ini kerana perisian ini dalam repositori Ubuntu tidak di kemas kini.

Untuk memuat-turun bagi pelbagai platform, klik sini.
Untuk memuat-turun bagi Ubuntu, klik sini.

Setelah selesai membuat instalasi Tor, anda perlu membuat instalasi perisian proksi; yang mana anda diberi dua pilihan privoxy atau polipo. Sila pilih salah satu.

Instalasi hampir selesai. Instalasi terakhir adalah Torbutton untuk perisian Firefox anda. Torbutton boleh di instalasi melalui Tools>Add-ons dalam Firefox.

Anda boleh cuba menguji Tor anda dengan cara mengaktifkan Torbutton anda. Dan lihat paparan output anda berjaya atau tidak.

Sekiranya anda menghadapi masalah mengaktifkan Tor, sila lihat FAQ ini.

Semoga berjaya!

Untuk pengetahuan anda.

  • Penggunaan Tor akan membuatkan komunikasi anda sedikit perlahan berbanding biasa.
  • Tor sentiasa aktif biarpun anda tidak menggunakannya(on the background). Matikan Tor: killall tor
  • Private Browsing di dalam Firefox tidak membuatkan anda anominitas di talian, ia cuma tidak menyimpan data(cache) laman yang anda lawati. Tor mampu membantu anda dalam anominitas(tidak dikenali/tidak diketahui/tiada maklumat>>No face!) dalam talian.
  • Penggunaan Tor secara langsung akan nyahaktif perisian flash, java, ActiveX, RealPlayer, Quicktime, Adobe's PDF plugin, dan lain-lain untuk browser(plugin). Untuk mengaktifkan perisian ini semula anda perlu pergi ke Torbutton Preferences>Security Settings>Dynamic Content tab dan kosongkan kotak bahagian "Disable plugins during Tor usage". Anda harus tahu dengan mengaktifkan perisian-perisian ini semula anda meningkatkan risiko serangan terhadap diri anda. Sila lihat sini untuk maklumat lanjut.


Thursday, October 29, 2009

Arahan Asas yang perlu diketahui dalam Linux!(BAHAGIAN 2)

Operasi-operasi asas

any_command --help |more
Anda masukkan sebarang arahan-arahan yang anda ketahui menggantikan any_command; dan ia akan memaparkan semua maklumat mengenai arahan tersebut.

man topic
Ini adalah untuk memaparkan manual sistem(help) berdasarkan topik(topic). Cuba dahulu arahan ini man man. Tekan "Q" untuk keluar dari paparan. Arahan info topic berfungsi sama dengan man dan mungkin mengandungi maklumat-maklumat terkini. Manual boleh menjadi susah untuk dibaca dan ramai dikalangan pengguna biasa tidak suka bacaan yang terlalu berat. Cuba any_command --help , “help” yang lebih mudah untuk dibaca dan difahami. Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan cuba lihat direktori /usr/doc. Untuk memaparkan manual dari bahagian yang spesifik, anda boleh gunakan arahan ini sebagai contoh: man 7 undocumented (Ini akan memaparkan kandungan undocumented dari bahagian 7 dalam manual).

apropos topic
Paparkan senarai arahan-arahan yang mempunyai kaitan dengan topic saya.

help command
Paparkan maklumat ringkas mengenai arahan terbina dalam bash(shell).

ls
Senaraikan kandungan direktori sekarang. Di dalam Linux arahan “dir” adalah sama dengan “ls”. Cuba anda gunakan ls –color; ia akan memaparkan senarai kandungan direktori sekarang dalam bentuk penyenaraian berwarna spesifik untuk fail dan folder.

ls -al |more
Senaraikan semua fail direktori sekarang termasuk fail tersembunyi(nama fail yang bermula dengan dot), dan dengan paparan terperinci. Gunakan arahan “more” supaya paparan akan berhenti seketika apabila paparan memenuhi ruang paparan terminal/shell.

cd directory
Menukar direktori. Menggunakan "cd" tanpa nama direktori akan membawa anda ke direktori home. "cd -" akan membawa anda ke direktori sebelum ini dan satu cara mudah untuk bertukar-tukar direktori antara direktori kini dan sebelumnya. "cd .." akan membawa anda ke direktori atas dari direktori kini.

cp source destination
Salin fail. Contoh, cp /home/emix/existing_file_name akan menyalin fail tersebut ke direktori yang kini anda sedang bekerja. Gunakan pilihan "-r" (untuk recursive) untuk menyalin seluruh kandungan di dalam direktori (termasuk sub-direktori), contoh, cp -r my_existing/dir/ ~ akan menyalin sub-direktori di bawah direktori yang kini saya sedang bekerja ke direktori home saya.

mcopy source destination
Salin fail daripada/kepada sistem fail DOS (tidak perlu proses “mounting”). Contoh, mcopy a:\autoexec.bat ~/junk . Lihat man mtools untuk arahan-arahan yang berkaitan: mdir, mcd, mren, mmove, mdel, mmd, mrd, mformat ....

mv source destination
Mengalih atau menamakan semula fail. Arahan yang sama digunakan untuk mengalih dan menamakan semula fail dan direktori.

ln source destination
Mencipta rantaian keras(hard link) destination kepada fail yang dikenali source. Rantaian sekadar menjadi salinan fail asal, tetapi realitinya cuma satu fail sahaja yang disimpan, sekadar dua atau lebih titik entri(cara mengaktifkan sesuatu fail). Sebarang perubahan terhadap fail akan memberi kesan yang sama terhadap setiap titik entri. Apabila satu titik entri dibuang, yang lain masih tetap sedia ada. Terhadnya kepenggunaan rantaian keras adalah: fail-fail tersebut harus berada dalam sistem fail yang sama, rantaian keras adalah mustahil untuk digunakan dengan folder dan fail-fail istimewa.

ln -s source destination
Mencipta rantaian simbolik(lembut) “destination” to the file called “source. Rantaian simbolik ini sekadar menjelaskan laluan dimana untuk mencari fail tersebut. Kontra dengan rantaian keras fail-fail ini tidak perlu berada dalam sistem fail yang sama. Sebagai perbandingan dengan rantaian keras, kekurangan rantaian simbolik adalah: sekiranya fail asal dibuang, rantaian akan rosak (broken), rantaian simbolik juga boleh mencipta rujukan berpusing (seperti rujukan berpusing dalam “spreadsheets” or “databases”, contoh, "a" menunjuk kepada "b" dan "b" menunjuk balik kepada "a").

rm files
Buang fail (delete). Anda mesti memiliki fail tersebut supaya anda boleh membuangnya. Kebanyakan sistem, anda akan ditanya untuk membenarkan mana-mana pembuangan fail, sekiranya anda tidak mahu begini anda boleh menggunakan pilihan “-f” (=force=paksa) , contoh, rm -f * yang mana akan membuang semua fail dalam direktori yang anda sedang bekerja kini, dan anda tidak akan ditanya sebarang soalan.

mkdir directory
Buat direktori baru.

rmdir directory
Buang direktori kosong.

rm -r files
(buang secara recursive) Buang fail-fail, direktori-direktori, dan seluruh sub-direktorinya. Berhati-hati menggunakan arahn ini sekiranya anda menggunakan akaun rootanda mungkin akan membuang semua fail-fail dalam sistem anda sekiranya anda melaksanakannya di puncak pokok direktori anda, dan di dalam linux masih belum ada proses kembalikan semula (undelete) apa yang telah buang dalam sistem fail. Tetapi sekiranya anda betul-betul mahu menggunakannya (tolong fikir kembali), begini caranya sebagai root: rm -rf /*

cat filename | more
Paparkan kandungan fail teks "filename", satu mukasurat satu masa. Ini "|" dikenali sebagai simbol "pipe" (kebanyakan papan kekunci Amerika ia berkongsi kekunci dengan "\"). “pipe” akan membuatkan output berhenti setelah paparan memenuhi ruang terminal/shell. Untuk fail yang panjang, kadang-kadang lebih mudah untuk menggunakan arahan head dan tail yang mana hanya akan memaparkan permulaan dan akhiran sesebuah fail teks. Sekiranya anda terpaksa menggunakan arahan "cat" iaitu fail binari dan terminal anda memaparkan paparan karakter yang kacau bilau, anda boleh memuat-semula dengan arahan "reset".

less filename
Skrol keseluruhan kandungan fail teks. Tekan Q apabila selesai. "less" adalah hampir sama dengan "more" , arahan yang anda kenali dari DOS, selalunya kepenggunaan "less" lebih memudahkan berbanding "more".

pico filename
Edit fail teks menggunakan editor teks yang paling ringkas dan biasa yang dikenali sebagai pico.

pico -w filename
Edit fail teks, sambil mematikan penggunaan “long line wrap”. Sangat berguna untuk proses mengedit fail-fail konfigurasi, sebagai contoh, /etc/fstab.

find / -name "filename"
Cari fail yang dipanggil “filename” di dalam sistem fail anda; bermula dengan pencarian di dalam direktori root /”. Fail tersebut mungkin mengandungi “wildcards” (*,?).

locate filename
Cari nama fail yang mana mengandungi string “filename”. Lebih mudah dan lebih laju berbanding arahan sebelum ini tetapi ia bergantung pada pangkalan data anda.

./program_name
Aktifkan fail pelaksana di dalam direktori kini, yang mana bukan berada dalam PATH anda.

touch filename
Ubah tarikh/masa fail “filename” kepada masa sekarang. Cipta fail kosong kiranya fail tersebut belum wujud.

xinit
Mulakan pelayan X-windows(tanpa “windows manager”).

startx
Mulakan pelayan X-windows dan “windows manager” yang telah ditetapkan. Bekerja seperti menaip “win” dalam DOS dengan Win3.1.

startx -- :1
Mulakan satu lagi sesi X-windows pada paparan 1(Yang telah ditetapkan secara default dipaparkan pada paparan 0). Anda boleh menjalankan terminal-terminal GUI pada masa yang sama. Bertukar-tukar antara mereka dengan menggunakan gabungan kekunci berikut , (Ctrl)(Alt)(F7), (Ctrl)(Alt)(F8), dll.

xterm
(dalam X terminal) Aktifkan terminal X-windows yang mudah. Anda boleh menutupnya dengan menaip exit. Terdapat yang lain yang lebih canggih untuk X-windows seperti konsole dan kvt (dari kde) dan gnome-terminal (dari gnome). Sekiranya anda mahukan sesuatu yang kelihatan cantik cuba Eterm.

xboing
(dalam X terminal). Permainan lama yang agak menarik. Kemungkinan besar banyak permainan-permainan/program-program kecil yang telah di instal dalam sistem anda.

shutdown -h now
(sebagai root) Matikan sistem kepada rehat. Biasanya digunakan untuk mematikan sistem secara remote. Gunakan (Ctrl)(Alt)(Del) untuk mematikan sistem pada konsol (yang mana boleh digunakan oleh mana-mana pengguna).

halt

reboot
(sebagai root, dua arahan) Rehat atau mula-semula mesin anda. Digunakan untuk mematikan sistem secara remote, lebih mudah untuk di taip berbanding arahan sebelum ini.


Tuesday, September 15, 2009

Skrin gelap lepas kemaskini sistem??!!

Kemaskini pakej dan anda dapati bila anda reboot semula sistem anda; SKRIN GELAP!!!
Ini mungkin terjadi kerana kemaskini pakej; kebiasaannya melibatkan linux-image dan perisian grafik anda.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan masalah anda. Semoga berjaya!!

  1. Pilih "Recovery Mode" dari menu boot.
  2. Pilih login sebagai root dari menu "Recovery Mode".
  3. Taip seperti di bawah ke dalam prompt anda:-
             # sudo apt-get remove xorg-driver-fglrx
        # sudo dpkg-reconfigure -phigh xserver-xorg


    4. Exit
             # exit

    5. Sekarang pilih "Resume to normal boot" dari menu.

Kini sistem anda sepatutnya kembali seperti biasa @ paling tidak pun kembali ke login skrin anda seperti biasa tetapi tanpa grafik.

Pengalaman saya lakukan ini pada laptop Acer Aspire 4520, NVIDIA GeForce 7000M, JAUNTY JACKALOPE sistem.
Selepas berjaya; saya terpaksa kemaskini semua pakej-pakej terbaru yang ada dan lakukan Re-installation untuk semua "driver" nvidia melalui Synaptic Package Manager supaya sistem tersebut kembali seperti biasa dengan grafik.

Semasa langkah ke 2; pilihan root anda haruslah sama dengan " Drop into root with shell prompt".
Semasa langkah ke 3; arahan yang pertama untuk membuang xorg driver; keputusan yang keluar adalah sistem tidak pernah di instalasikan dengan xorg driver; jadi jawapan yang harus diberikan adalah "no". Sekiranya keputusan yang keluar adalah sistem di instalasi dengan xorg driver; jawapan adalah "yes".

Langkah-langkah yang lain adalah seperti biasa.

Sila berikan komen pengalaman anda.

Terima kasih.


Saturday, September 5, 2009

Ada apa dengan Karmic??

Beberapa hari lepas, kumpulan pembangun Ubuntu melepaskan prototaip seekor binatang yang ganjil; Karmic Koala dari jenis Alpha 5;-).Ubuntu 9.10; apa yang menarik kali ni?Mari kita sama-sama lihat:-

  • Ubuntu Installer Slideshow(Gambar)
  • OpenOffice.org office suite 3.1.1
  • Gnome 2.28 Beta 2 (2.27.91)
  • Linux Kernel 2.6.31-9.29, berasaskan linux kernel 2.6.31 RC8
  • X-based boot screen(Gambar)
  • GIMP 2.6
  • Mozilla Firefox 3.5
  • Mozilla Thaunderbird 2
  • Pidgin 2.6(bukan sebagai default)
  • dan banyak lagi.
Tak sabar nak tunggu BETA!!




Ubuntu 9.10's New X Splash

Arahan Asas yang perlu diketahui dalam Linux!(BAHAGIAN 1)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-52!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

Artikel ini adalah untuk individu-individu yang baru mempelajari linux dan mahu melakukan sesuatu pada sistem linux mereka @ melakukan sesuatu yang lebih sedikit dari pengguna linux biasa.

Kepada pengguna biasa (yang hanya menggunakan sistem operasi linux untuk menaip, melayari internet dan menonton), artikel ini bukan untuk anda; tetapi tidak salah untuk anda membaca bagi menimba ilmu dan sekiranya anda mahu mencuba, pastikan anda tahu dan faham apa yang sedang anda lakukan.

Di bawah ini adalah arahan-arahan yang selalu kita gunakan di dalam linux. Tekan <Tab> di dalam terminal/shell anda untuk melihat semua senarai arahan (di dalam PATH anda). Di dalam sistem operasi saya ia menyebut bahawa terdapat 3057 arahan yang boleh saya lancarkan di dalam PATH saya. Kebanyakan arahan-arahan ini boleh di lihat melalui GUI kegemaran anda (KDE, Gnome @ etc); contoh Ubuntu: klik kanan pada simbol menu anda>>Edit Menus>>Menus:Internet>>Items: Pidgin Internet Messenger>>Properties; dan anda boleh lihat apakah arahan pelaksana untuk Pidgin Internet Messenger tersebut di dalam petak Command. Kesemua arahan-arahan ini boleh dilaksanakan di dalam terminal/shell. Mana-mana program yang memerlukan GUI untuk dilaksanakan harus dilaksanakan dari terminal yang dibuka di dalam GUI.

Legenda:
<> = Kekunci fungsi pada papan kekunci anda. Sebagai contoh <Ctrl> menunjukkan kekunci "control".
italic = nama fail atau pengubah yang mungkin anda mahu masukkan sendiri.
fixed with = nama-nama fail dan arahan-arahan linux sebaris.

Nota untuk UNIX:
1. LINUX IS CASE SENSITIVE. Sebagai contoh: pidgin, PIDGIN dan pIDgin adalah arahan-arahan yang berbeza. Dan juga FAil_saya, fail_saya dan FAIL_saya adalah fail-fail yang berbeza. Begitu juga dengan nama login dan kata laluan anda adalah kes yang sensitif.
2. Nama fail boleh mencapai sehingga 256 karakter panjang dan boleh mengandungi huruf, nombor, "."(dot), "_"(underscore), "-"(dash); dan beberapa karakter yang tidak disarankan.
3. Fail yang mana namanya bermula dengan "." kebiasaannya tidak diperlihatkan dengan arahan ls(senarai). Kerana fail ini telah disembunyikan "hidden". Anda perlu menggunakan ls -a(senarai dengan pilihan semua "all" ) untuk melihat senarai fail-fail ini.
4. "/"adalah sama dengan DOS "\" (direktori root, bermaksud ibu kepada semua direktori yang lain).
5. Di dalam linux, kesemua direktori adalah dibawah satu direktori utama( tiada huruf cakera keras gaya DOS di dalam linux)
6. Di dalam fail konfigurasi, barisan ayat yang dimulai dengan # adalah komen; dan ia tidak di proses oleh sistem anda; dengan kata lain kehilangan barisan yang dimulai dengan # tidak akan memberi apa-apa kesan pada sistem operasi anda.
 
Arahan-arahan asas dan pintasan-pintasan utama linux

<Ctrl><Alt><F1>
Tukar ke terminal teks yang pertama(hanya untuk linux boot di bawah teks bukan di bawah GUI). Dibawah linux anda boleh membuka beberapa terminal(6 di dalam standard setup) dalam masa yang sama.

<Ctrl><Alt><Fn> (n=1..6)
Tukar kepada terminal teks ke n.

tty
Cetak nama terminal yang anda taip arahan ini.

<Tab>
Ini adalah fungsi arahan Autocomplete sekiranya cuma terdapat satu pilihan arahan sahaja, atau ia akan menunjukkan semua pilihan yang ada. Amat sesuai bila anda bekerja tanpa GUI, ia memudahkan anda tanpa perlu menghafal setiap arahan yang anda mahu lancarkan.

<ArrowUp>
Di dalam GUI terminal atau terminal teks, kekunci ini mampu menunjukkan sejarah arahan-arahan yang telah anda gunakan sebelum ini; anda boleh edit dan tekan <Enter> untuk laksanakan.

<Shift><PgUp>
GUI terminal atau terminal teks, pintasan ini adalah untuk memaparkan output terminal ke atas.

<Shift><PgDown>
GUI terminal atau terminal teks, pintasan ini adalah untuk memaparkan output terminal ke bawah.

<Ctrl>c
Padamkan/hentikan proses kini(kebanyakan di dalam mod teks untuk aplikasi-aplikasi kecil)

<Ctrl>d
Keluar dari terminal kini.

<Ctrl>s

Hentikan pemindahan ke terminal.

<Ctrl>q
Sambung pemindahan ke terminal. Anda boleh mencuba langkah ini sekiranya terminal anda berhenti dari bertindakbalas.

<Ctrl>z
Hantarkan proses kini ke belakang tabir. Bermaksud anda tidak perlu memaparkan output proses sesuatu aplikasi pada desktop anda atau terminal; dan anda boleh melakukan kerja-kerja yang lain.

exit
Keluar. Saya juga boleh menggunakan logout untuk mendapatkan kesan yang sama

reset
Bagi memulihkan terminal yang mengalami kekacauan paparan output( terminal yang memaparkan karakter-karakter pelik atau melucukan) pada tetapan default.

<MiddleMouseButton>
Tampal teks yang kini sedang disorotkan; "highlighted" di tempat lain. Ini adalah operasi salin dan tampal yang normal di dalam linux. Sesuai digunakan dengan tetikus Linux-ready 3-button.

~
(tilde)Direktori home saya (kebiasaannya direktori ini adalah /home/login_name). Sebagai contoh, arahan cd ~/Documents akan mengubah direktori dari mana saya bekerja kepada sub-direktori  "Documents" di bawah direktori home saya. "cd" sahaja mencukupi untuk arahan yang hampir sama(cd ~) dan output yang sama.

.
(dot)Direktori kini. Sebagai contoh,  ./program_saya akan cuba untuk melaksanakan fail "program_saya" yang terdapat di dalam direktori kini.

..
(dua dot)Direktori ibu kepada direktori kini.Sebagai contoh, arahan cd .. akan mengubah direktori saya kini ke tahap satu lebih tinggi berbanding direktori kini(ibu kepada direktori kini).

Arahan-arahan biasa linux--maklumat sistem

pwd
Cetak nama direktori yang saya sedang bekerja kini.

hostname
Cetak nama mesin yang sedang anda bekerja kini. Gunakan netconf (sebagai root) untuk menukar nama mesin anda.

whoami
Cetak nama login saya.

id username
Cetak id pengguna dan id kumpulannya, id efektif (sekiranya berbeza dari id sebenar) dan kumpulan-kumpulan tambahan.

date
Cetak atau tukar tarikh dan masa sistem operasi anda. Sebagai contoh, anda boleh menukar tarikh dan masa kepada 2010-12-31 23:59 dengan menggunakan arahan ini:-
date 123123592010

time
Kaji berapakah jumlah masa yang perlu di ambil untuk satu-satu proses itu siap sekali dengan maklumat-maklumat yang lain. Jangan keliru dengan arahan date. Sebagai contoh, saya dapat mencari tempoh masa yang diperlukan untuk memaparkan kandungan direktori dengan menggunakan:
time ls

who
Selidik siapakah pengguna yang telah log masuk ke mesin anda.

rwho -a
(=remote who) Selidiki semua pengguna yang telah log masuk ke dalam rangkaian anda. Bagi menjalankan servis ini; rwho service mestilah di"enable"kan terlebih dahulu. Sekiranya secara tetapan default ia masih belum di"enable"kan; anda perlulah menjalankan tetapan sebagai root untuk "enable"kan "rwho".

finger user_name
Maklumat sistem mengenai pengguna. Cuba:  finger root

last
Paparkan senarai pengguna terakhir yang telah log masuk sistem anda.

history | more
Paparkan yang terakhir (sehingga 1000) arahan-arahan yang telah dilaksanakan dari terminal untuk akaun pengguna kini. "|more" akan menjadikan paparan berhenti selepas memenuhi skrin.

uptime
Paparan jumlah masa semenjak reboot yang terakhir.

ps
(=print status) Senaraian proses-proses yang dijalankan pengguna kini.

ps axu | more
Senarai semua proses-proses yang sedang berjalan, walaupun tanpa kawalan terminal, sekali dengan nama pengguna bagi setiap proses.

top
Teruskan penyenaraian proses-proses yang terkini sedang berjalan, mengikut aturan penggunaan cpu(pengguna utama pertama)

free
Maklumat memori (kb)

df -h
(=disk free) Cetak maklumat cakera tentang semua sistem fail(dalam bentuk yang boleh dibaca manusia).

du / -bh | more
(=disk usage) Cetak dengan terperinci penggunaan cakera untuk setiap subdirektori bermula dengan "/" (root) direktori.

cat /proc/cpuinfo
Maklumat cpu--ia menunjukkan kandungan fail cpuinfo. Untuk pengetahuan, fail di dalam /proc direktori bukanlah fail yang sebenar--ia adalah untuk melihat maklumat yang ada pada kernel.

cat /proc/interrupts
Senaraikan sebarang gangguan dalam penggunaan.

cat /proc/version
Versi linux dan pelbagai maklumat yang lain.

cat /proc/filesystems
Tunjukkan jenis-jenis sistem fail yang sedang digunakan kini.

cat /etc/printcap
Tunjukkan tetapan pencetak.

lsmod
(Arahan ini untuk root sahaja. Untuk pengguna bukan root anda perlu gunakan arahan ini /sbin/lsmod.) Menunjukkan modul kernel yang sedang dimuat kini.

set|more
Menunjukkan persekitaran yang digunakan pengguna sekarang.

echo $PATH
Menunjukkan kandungan pengubah persekitaran "PATH". Arahan ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan pengubah-pengubah persekitaran yang lain. Gunakan "set" untuk melihat persekitaran sepenuhnya.

dmesg | less
Cetak mesej kernel (kandungan yang dikenali sebagai kernel ring buffer). Tekan "q" untuk keluar "less". Gunakan less /var/log/dmesg untuk melihat "dmesg" yang dibuang ke dalam fail ini selepas sahaja kali terakhir sistem anda bootup semula.

Artikel ini akan bersambung dalam BAHAGIAN 2.



Sunday, August 16, 2009

Mengapa saya menggunakan Linux Desktop di rumah @ di pejabat saya??

Hmmmm...Mengapa?Mengapa?Mengapa?

1.Percuma>>Saya tidak perlu membayar sehingga beratus-ratus ringgit untuk mengunakan komputer saya untuk menaip kerja-kerja sekolah/pejabat atau melayari internet kerana sistem operasi yang percuma, saya cuma perlu membayar masa dan sekeping cd/dvd.

2.No Antivirus>>Saya tidak perlu membayar untuk perisian Antivirus, saya tidak perlu membuang masa untuk mengemaskini database perisian antivirus saya kerana sistem operasi saya tidak memerlukan antivirus; saya kebal!

3.No Firewall>>Saya tidak perlu membayar untuk sistem firewall yang mana kadang-kadang tidak boleh diharapkan kerana sistem operasi saya telah terbina dengan sistem firewall; yang mana nilai defaultnya sudah mampu menghalang pencerobohan biasa. Anda perlu melakukan lebih dari itu untuk masuk dalam komputer saya!.

4.OpenOffice>>Saya mahu menaip, mengira dan persembahan digital; dan saya tidak perlu membayar beratus ringgit untuk menggunakan perisian pejabat hanya untuk menulis artikel atau resume' saya.

5.Internet>>Saya tidak perlukan browser yang terlalu banyak feature; yang mana bila saya menggunakannya ia melembapkan komputer saya. Sistem operasi saya didatangkan dengan browser yang cukup mudah dan pantas; sungguh pantas. Malah sekiranya saya tidak suka dengan browser yang diberikan saya boleh mengguna browser yang lain. Saya cuma mahu membuka emel saya!.

6.Permainan>>Saya nak main game! Mengapa tidak?. Saya boleh bermain pelbagai jenis permainan komputer yang percuma dan berbayar, malah yang percuma untuk sistem operasi saya begitu banyak dalam ruang siber; saya cuma perlukan sambungan kepada internet dan google sahaja atau melalui repositori dalam sistem operasi saya.

7.Bebas>>Saya bebas menjadikan sistem operasi saya kelihatan seperti apapun seperti mac atau seperti windows @ saya cuma pakai apa yang dah tersedia oleh sistem operasi saya. Saya tidak dikongkong oleh kehendak pembuat sistem operasi saya.

8.Tolong>>Sekiranya saya mempunyai masalah saya mempunyai kawan-kawan dari seluruh dunia yang boleh membantu saya, malah saya juga boleh membantu mereka sekiranya mereka melalui masalah yang telah saya lalui pada sistem operasi komputer saya.

9.Kuasa>>Inilah yang paling saya suka; saya mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap komputer saya seluruhnya, sebagai root saya mampu lakukan apa sahaja kepada sistem operasi saya. Saya mampu menjahanamkannya!:-)

10.Anda>>Yang ke sepuluh; anda sendiri yang harus menerokai dan menentukan kelebihan apa yang anda dapat dari sistem operasi linux kerana terdapat begitu banyak peluang untuk diterokai, dipelajari dan dihasilkan. Dan kerana akhirnya yang menentukan keupayaan sesuatu sistem operasi adalah anda sendiri. Manusia disebalik mesin!.

Oleh itu kerajaan kita seharusnya menggunakan sistem sumber terbuka ini di jabatan-jabatan mereka dan di seluruh pejabat-pejabat kerajaan, dengan itu kita mampu menjimatkan wang rakyat sehingga berjuta-juta ringgit; dan wang itu boleh kita salurkan kepada jabatan-jabatan yang lebih memerlukan seperti pertahanan,pendidikan dan kesihatan. Sistem sumber terbuka bukanlah bermaksud kita membuka sistem kita kepada pencerobohan tetapi bermaksud kod sumber untuk sesuatu sistem itu boleh dilihat dan diubah mengikut kehendak kita; oleh itu kita mampu menentukan tahap keselamatan sistem kita tanpa perlu bergantung kepada sistem yang mana kita tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan keboleharapan sistem tersebut melindungi maklumat-maklumat sensitif negara.

Tuesday, July 14, 2009

Instalasi Firefox 3.5 ke dalam Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope

Cara Pertama

$ sudo apt-get install firefox-3.5

Anda cuma perlu taip arahan seperti di atas ke dalam terminal anda dan berikan kata laluan apabila di minta. Apabila anda di tanya adakah anda mahu meneruskan proses instalasi ini; berikan jawapan ya.


Tadaaa! Shiretoko berjaya anda instalasikan ke dalam sistem anda. Itulah nama manja firefox 3.5; atau sebenarnya nama kod firefox 3.5 semasa dalam pembangunannya :-).


Arahan untuk menjalankan Firefox 3.5:

$ firefox-3.5

Atau klik sahaja Applications>>Internet>>Shiretoko Web Browser

Kelebihan cara ini adalah memang sangat mudah untuk buat instalasi ke dalam ubuntu Jaunty anda, hanya taip arahan seperti di atas.

Kekurangan cara ini adalah anda akan dapati bila anda membuka firefox seperti biasa, ia akan membuka firefox yang lama; ini kerana firefox 3.0 masih merupakan browser default anda.

Cara Kedua

Kepada sesiapa yang mahukan Firefox 3.5 pada tahap “bleeding edge” :-)


Penetapan “ubuntu-mozilla-daily” repositori.

Anda boleh tambahkan kepada sistem anda repositori yang diselenggarakan oleh pembangun-pembangun mozilla.

Tambah ayat ini ke dalam /etc/apt/sources.list, di bahagian bawah dan kemudian simpan:

deb http://ppa.launchpad.net/ubuntu-mozilla-daily/ppa/ubuntu jaunty main

Anda juga boleh tambah ayat APT di atas melalui System>>Administration>>Software Sources>>Third-Party Software>>Add

Jadikan ubuntu tahu kunci identiti untuk repositori ini:

$ sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 247510BE

Segarkan semula sistem cache:
$ sudo apt-get update
Sekarang paparkan Firefox 3.5 yang terbaru, dalam repositori ini:
$ apt-cache showpkg firefox-3.5
Package: firefox-3.5 Versions: 3.5.1~hg20090629r26036+nobinonly-0ubuntu2~umd1~jaunty (/var/lib/apt/lists/ppa.launchpad.net_ubuntu-mozilla-daily_ppa_ubuntu_dists_jaunty_main_binary-i386_Packages) Description Language: File: /var/lib/apt/lists/ppa.launchpad.net_ubuntu-mozilla-daily_ppa_ubuntu_dists_jaunty_main_binary-i386_Packages MD5: b670b07084b5a79b912d14c4307acda4
Anda perlu membuat instalasi Firefox 3.5 bersama pakej-pakej ini; latex-xft-fonts and also firefox-3.5-gnome-support.
$ sudo apt-get install firefox-3.5 firefox-3.5-gnome-support latex-xft-fonts
Kini terdapat dua versi Firefox wujud bersama dalam sistem anda; 3.0 dan 3.5. Pada masa ini bila anda memberikan arahan “firefox” dalam terminal atau membuka firefox melalui menu Applications; anda akan dapati firefox yang lama akan dipaparkan pada anda, ini kerana firefox yang lama masih browser default anda. Sekarang kita cuba tukarkan firefox 3.5 menjadi browser default untuk sistem anda.

$ sudo su
# cd /usr/bin
# ls -l firefox*
lrwxrwxrwx 1 root root 11 2009-06-22 16:45 firefox -> firefox-3.0
lrwxrwxrwx 1 root root 32 2009-06-22 16:45 firefox-3.0 -> ../lib/firefox-3.0.11/firefox.sh
lrwxrwxrwx 1 root root 34 2009-07-01 21:17 firefox-3.5 -> ../lib/firefox-3.5.1pre/firefox.sh
# rm firefox
# ln -s firefox-3.5 firefox
Kini apabila anda memulakan firefox melalui arahan di terminal atau menu Applications; ia akan memberikan anda shiretoko; iaitu firefox 3.5 sebagai default.

Dengan cara ini anda diberi gerenti yang Firefox anda akan di “update” selalu melalui “Ubuntu package manager” dan kesesuaian dengan pustaka sistem anda akan dikekalkan.

Apa yang kurang sikit melalui cara ini, anda akan dapat “updates” lebih sikit berbanding pengguna biasa; pembaikan untuk 3.5 akan diletakkan di sini terlebih dahulu sebelum dijadikan “available” untuk semua pengguna. Kesannya, anda mungkin menjadi orang yang pertama menemui “regression bugs”.



Artikel ini adalah terjemahan dan ubah suai dari artikel berbahasa Inggeris di sini oleh saya, sekiranya anda tidak memahami Bahasa Melayu :-).

Instalasi Google Gadget untuk Ubuntu 9.04



Prosedur membina google gadget ke dalam ubuntu anda, saya dapatkan dari dokumen berbahasa inggeris di laman google code “How to Build”. Kenapa saya memilih kod sumber sebagai cara saya membuat instalasi, kerana google gadget untuk linux masih lagi dalam pembangunan dan bagi saya, ia lebih baik kerana anda dapat “update” perisian google gadget anda dari masa ke semasa kepada yang lebih stabil. Dan anda mampu melakukan “update” terus dari shell/terminal anda.

Jangan terkejut sekiranya prosedur ini hampir sama dalam dokumentasi google gadget kerana saya cuma menterjemahkannya untuk anda dan menambah kata-kata saya serba sedikit :-).

Mari kita berkenalan dengan dokumen ini

Pengenalan

Laman ini menjelaskan cara-cara membina google gadget untuk linux dari kod sumber dalam Bahasa Melayu. Arahan di bawah adalah untuk google gadget for linux 0.10.4. (Tetapi yang terkini adalah 0.11.0 dan saya melakukan instalasi versi ini pada Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope saya, sekiranya anda merujuk kepada laman HowToBuild bagi google gadget for linux anda akan dapati ia hanya menerangkan bagaimana membina perisian ini untuk Ubuntu 8.04 dan 8.10. Cara ini sama sahaja bagi ubuntu jaunty google belum “update” dokumen mereka)

Persediaan

Sebelum membina projek ini, anda seharusnya melakukan kerja-kerja persediaan terlebih dahulu, sebagai contoh, memuat turun kod sumber projek ini, membuat instalasi pakej-pakej bergantung; “dependant” untuk projek ini dan menyediakan sistem bina.

Muat turun Kod Sumber

Anda boleh dapatkan kod sumber dari “svn repository”. Sila ikuti arahan pada laman sumber untuk membuat pilihan.

Kepada pengguna, yang terbaik adalah adalah anda muat turun dari “release” pakej sumber dari laman muat turun ini.

Pakej-pakej bergantung

Projek ini bergantung kepada pelbagai pustaka (atau lebih dikenali sebagai “libraries” dalam terma-terma linux) dan aplikasi-aplikasi luaran, semua ini mesti tersedia dalm sistem anda sebelum anda membina projek ini.

Ubuntu siri 8.04 dan 8.10 ( 9.04: ia menjadi bagi saya!)

Sekiranya anda menggunakan ubuntu 8.04 dan 8.10, termasuk semua varian-variannya, seperti Kubuntu dan sebagainya, anda perlu install pakej-pakej mandatori di bawah.

  • build-essential
  • zip
  • flex
  • desktop-file-utils
  • shared-mime-info
  • zlib1g-dev
  • libxml2-dev
  • libdbus-1-dev
  • libx11-dev
  • libxt-dev
  • libltdl3-dev (for Ubuntu 8.04) or libltdl7-dev (for Ubuntu 8.10)
  • libgstreamer-plugins-base0.10-dev
  • network-manager-dev
  • libstartup-notification0-dev
  • xulrunner-1.9-dev (Mandatory for GTK version, optional for Qt version)
Sekiranya anda mahu menggunakan GUI (Graphical User Interface) dan “sidebar” berasaskan pustaka GTK, anda memerlukan pakej-pakej dibawah.

  • libgtk2.0-dev
  • librsvg2-dev
  • libcurl4-gnutls-dev or libcurl4-openssl-dev

Sekiranya anda mahu menggunakan GUI berasaskan pustaka QT, anda memerlukan pakej dibawah.

  • libqt4-dev

Sekiranya anda mahu membina kod sumber pilihan dari “svn trunk”, anda juga memerlukan pakej dibawah ini.

  • autoconf
  • automake
  • libtool
Peringatan GUI berasaskan QT tidak berfungsi sepenuhnya dalam Ubuntu 8.04 kerana versi pustaka QT terlalu rendah.

Anda boleh gunakan arahan apt-get untuk membuat instalasi pakej-pakej ini semua, sebagai contoh:


$ sudo apt-get install build-essential zip flex desktop-file-utils shared-mime-info zlib1g-dev libgtk2.0-dev libxml2-dev libdbus-1-dev librsvg2-dev libltdl3-dev libcurl4-gnutls-dev libgstreamer-plugins-base0.10-dev xulrunner-1.9-dev network-manager-dev libqt4-dev libstartup-notification0-dev


Anda boleh salin arahan di atas ke dalam terminal/shell dan lancarkan ia.
Sekiranya terdapat sebarang pakej yang tidak dapat dibuat instalasi, anda boleh cuba buat instalasinya melalui “Synaptic Package Manager” atau


$ sudo apt-get install [Nama pakej]


ke dalam terminal anda.

Menyediakan Sistem Bina (Build)

Terdapat dua sistem bina yang berbeza yang boleh digunakan untuk membina projek ini, autoconf/automake dan cmake. Walaupun sistem bina cmake sudah termasuk dalam pakej sumber rasmi semenjak versi 0.10.3, ia masih lagi dalam tahap ujian. Oleh itu autoconf/automake adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pengguna.

Sekiranya anda ingin mencuba sistem bina cmake, anda harus membuat instalasi cmake versi 2.4 dan ke atas terlebih dahulu. Kebanyakan “Distribution” hari ini sudah dibekalkan dengan pakej cmake. [Ubuntu 9.04 Live CD tiada pakej ini]

Sekiranya anda mahu membina dari kod sumber “svn trunk”, anda perlu “run” autotools/bootstrap.sh sebelum mula membina. Sebagai contoh:


$ svn checkout http://google-gadgets-for-linux.googlecode.com/svn/trunk/ ggl-trunk
$ cd ggl-trunk
$ sh autotools/bootstrap.sh

Bina (Build)

Saya sarankan sistem bina autoconf/automake bagi pengguna biasa. Biasanya sistem bina cmake mengambil masa yang lebih singkat untuk membina projek ini, tetapi mungkin masih mengandungi masalah.

Kedua-dua sistem bina menyokong “out-of-tree build”, iaitu tugas membina boleh dilakukan melalui direktori berasingan dari melakukannya didalam direktori kod sumber. Kemudian dengan anda dapat membuang semua fail-fail sementara yang dihasilkan oleh sistem bina tanpa menyentuh fail bina. Cara ini amatlah disarankan.

Bina dengan autoconf/automake

Invoke skrip configure

Anda perlu melancarkan skrip configure bagi menghasilkan makefile sebelum anda boleh membina projek ini. Sebagai contoh anda boleh menggunakan arahan-arahan berikut untuk membuat “out-of-tree build”.

Menyadiakan kod sumber:


$ tar jxf google-gadgets-for-linux-0.11.0.tar.bz2
$ cd google-gadgets-for-linux-0.11.0

Atau, anda mahu menggunakan versi tercanggih:

$ svn checkout http://google-gadgets-for-linux.googlecode.com/svn/trunk/ ggl-trunk
$ cd ggl-trunk
$ sh autotools/bootstrap.sh

Lancar skrip configure out-of-tree:

$ mkdir build
$ cd build
$ ../configure --prefix=/usr

Ia mungkin mengambil masa 1 hingga 2 minit bagi menjalankan skrip configure, sekiranya semua berjalan lancar, kesimpulan konfigurasi akan dipaparkan pada skrin anda seperti berikut:

Build options:
Version "0.11.0"
Install prefix /usr
Install included libltdl no
Build shared libs yes
Build static libs yes
Enable debug no
Host type linux
OEM brand

Libraries:
GTK SVG
Support yes
Build libggadget-gtk yes
Build libggadget-qt yes
Build libggadget-dbus yes
Build libggadget-npapi yes

Extensions:
Build dbus-script-class yes
Build gtk-edit-element yes
Build gtkmoz-browser-element yes
Build qtwebkit-browser no
Build gst-audio-framework yes
Build gst-video-element yes
Build gtk-system-framework yes
Build gtk-flash-element yes
Build qt-system-framework yes
Build linux-system-framework yes
Build smjs-script-runtime yes
Build qt-script-runtime no
Build curl-xml-http-request yes
Build qt-xml-http-request yes
Build libxml2-xml-parser yes

Hosts:
Build gtk host yes
Build qt host yes
Keputusannya mungkin sedikit berlainan diatas sistem yang berbeza.Tetapi apa yang penting kedua-dua bahagian Hosts; Build gtk host dan Build qt host memberi jawapan "yes", Jika tidak ia bermakna terdapat beberapa pakej bergantung mandatori telah hilang. Anda cuma memerlukan satu Hosts sahaja yang terbina untuk projek ini.


Bina (Build)

Selepas melaksanakan skrip "configure", anda boleh memberikan arahan make di dalam direktori yang sama untuk membina projek ini. Sekiranya computer anda merupakan "Multicore" CPU anda bolehlah memberikan arahan make -jN untuk membina projek ini lebih cepat, dimana N adalah bilangan "Multicore" CPU anda. Sebagai contoh:

$ make -j2

Instalasi


Sekiranya proses bina siap tanpa sebarang masalah, anda boleh menggunakan arahan make install untuk membuat instalasi projek ini. Anda memerlukan kuasa sebagai root untuk proses ini, untuk itu:

$ sudo make install

Dan berikan kata laluan apabila di minta. Artikel ini adalah terjemahan dan ubah suai oleh saya dari artikel berbahasa Inggeris dari sini, sekiranya anda tidak memahami Bahasa Melayu.

Monday, July 13, 2009

Bagaimana Axel berkerja?

Axel melakukan perkara yang sama dengan pemecut muat turun yang lain; ia membuka lebih dari satu sambungan HTTP/FTP bagi setiap muat turun dan setiap sambungan memindahkan datanya yang tersendiri; berasingan, bahagian bagi satu fail yang anda muat turun. Mungkin bunyinya agak luar biasa, tetapi dari segi praktikal sememangnya ia menjadi. Sebagai contoh, sesetengah laman FTP mengehadkan kelajuan bagi setiap sambungan, oleh itu membuka lebih dari satu sambungan dalam satu-satu masa di tambah dengan "bandwidth" yang dibenarkan akan membantu anda melakukan muat turun satu-satu fail yang besar dalam masa yang lebih singkat.
Sebagai peringatan, sesetengah FTP Operator tidak suka bila anda buat begini. Adalah lebih baik anda membuka sambungan dengan beberapa pelayan yang lain dan memuat turun dari pelayan-pelayan tersebut dalam masa yang sama. Axel juga menyokong kaedah ini. Anda boleh menentukan senarai "mirror" atau mengarahkan program tersebut mencari "mirror" tersebut.

Ini adalah alat yang sempurna untuk memuat turun fail-fail yang besar.

Instalasi Axel dalam Ubuntu

$ sudo apt-get install axel
Masukkan kata pengesahan anda bila di minta.

Instalasi Axel dalam Debian

# apt-get install axel
Bagaimana saya menggunakan Axel?

Buka shell/terminal

Cuma anda perlu taip:

$ axel [url media yang anda ingin muat turun]
Anda juga boleh menentukan kelajuan (bait per saat) jadi ia tidak menelan semua "bandwidth" anda. Sebagai contoh di bawah saya akan cuba memastikan kelajuan purata Axel adalah sekitar
100000 (100kb/saat):

$ axel -s 100000 [url media yang anda ingin muat turun]
Anda juga boleh menentukan sebanyak mana sambungan yang anda mahu buka. Sebagai contoh, buka 3 sambungan seperti di bawah:

$ axel -n 3 -s 100000 [url media yang anda ingin muat turun]

Artikel ini adalah terjemahan dan ubahsuai dari artikel berbahasa Inggeris di sini, sekiranya anda tidak memahami Bahasa Melayu :-).

Saturday, July 4, 2009

Tema baru!

Ya! Tanggal 4 Julai 2009 gunolinux! mempunyai tema dan laman yang kelihatan lebih segar. Mungkin pada anda ia kelihatan agak biasa, ya saya sengaja memilih laman sebegini kerana saya mahu menjadikan laman ini sebagai mangsa saya melakukan semua ujian saya terhadap template blog; saya mahu belajar bagaimana menghasilkan template untuk blog melalui linux dan menghasilkan cara-cara membuat template blog dalam bahasa ibunda saya Melayu. Dan sebarkan pada anda semua!.

gunolinux!
You are damn good!

Sunday, June 14, 2009

Mac in my Linux

Sistem Aspire 4935 telah aku upgrade kepada Ubuntu 9.04; Jaunty Jackalope. Dan aku menggunakan tema Mac.Agak selesa menggunakan tema ini. Kawan-kawan semua boleh tgk gambar-gambar dan video dibawah.

Inilah kehebatan linux!! Ini baru sikit aje:-)













Nak beli CD/DVD Linux??

Salam kepada semua,

Anda mahu dapatkan salinan Linux untuk PC, Laptop @ Server anda.

Anda boleh dapatkan dari saya, anda cuma perlu bank-in RM4.70(CD/DVD) + RM5.00(Postage) ke dalam akaun saya dan email kepada saya salinan deposit dan alamat anda.

Linux adalah sistem pengoperasian yang sangat stabil untuk komputer atau server anda. Dan yang paling penting ia adalah percuma.

Bayaran yang saya kenakan adalah untuk servis saya download, "bakar" CD/DVD :-) dan poskan kepada anda. Urusan ini adalah berdasarkan kepada anda percayakan saya, berapalah sangat RM 9.70 berbanding anda terpaksa menunggu muat turun berhari-hari dan mem"bakar" CD/DVD itu. Jaminan saya ialah saya akan test dulu "bakar"an saya sebelum saya hantar kepada anda:-)

Jadilah pelanggan saya yang pertama dan saya berharap bila anda mendapat apa yang saya poskan, tolong tinggalkan testimoni dalam post ini.
Sekarang yang berada dalam tangan saya:-

1.debian 502 DVD1 32bit
Instalasi media yang utama, anda memerlukan DVD yang pertama ini untuk melakukan instalasi Sistem Operasi Linux Debian; nickname, Lenny. Pada 27 June 2009 debian.org telah mengeluarkan versi terbaru Lenny dengan no. siri 502, berdasarkan kenyataan debian.org siri ini cuma sekadar “update” keselamatan untuk 501, anda boleh dapatkan DVD ini dari saya. Anda tidak perlu membuang masa dan ruang broadband anda untuk muat turun keseluruhan DVD. Debian adalah Linux distribution yang paling besar komuniti dan sumbernya.
2.debian 502 DVD2 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini. Pakej tambahan ini ada sebanyak 5 DVD; 2, 3, 4, 5 dan 6.
3.debian 502 DVD3 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini.
4.debian 502 DVD4 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini.
5.debian 502 DVD5 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini.
6.debian update 502 DVD1 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini.
7.Fedora 11 DVD 32bit
Ini adalah instalasi media bagi Fedora terbaru; nickname, Reign. Fedora 11 ini adalah untuk instalasi terhadap mesin 32 bit dan 64 bit. Fedora adalah Linux distribution yang dilahirkan oleh Red Hat sebagai medan ujian teknologi perisian terbaru mereka sebelum dimasukkan ke dalam Red Hat Linux versi komersil. Jadi sekiranya anda mengharapkan sesuatu yang baru untuk di terokai Reign adalah yang terbaik. Proses boot Reign antara paling laju di antara pesaingnya; 20 saat. Fedora memerlukan anda bersusah payah sedikit untuk memastikan semua perkakasan mesin (bleeding edge computer) anda berjalan dengan sempurna dan perisian yang betul.
8.Fedora 11 Live KDE 32bit
Ini adalah Fedora 11 – Reign Live CD dengan Desktop Environment dikenali KDE. Media ini boleh di instalasi pada mesin 32bit dan 64bit. Kelebihan Live CD adalah anda tidak perlu risau akan kehilangan data pada hdd anda sekiranya anda sekadar ingin mencuba versi ini. Ia akan boot dalam RAM pada mesin anda, sekiranya anda menyukainya anda boleh terus melakukan instalasi melalui desktopnya sahaja (Ingat! Proses ini akan melibatkan penghapusan data pada hdd anda, pastikan anda tahu apa yang anda lakukan).
9.Fedora 11 DVD 64bit
Ini adalah instalasi media bagi Fedora terbaru; nickname, Reign. Fedora 11 ini adalah untuk instalasi terhadap mesin 64bit sahaja. Fedora adalah Linux distribution yang dilahirkan oleh Red Hat sebagai medan ujian teknologi perisian terbaru mereka sebelum dimasukkan ke dalam Red Hat Linux versi komersil. Jadi sekiranya anda mengharapkan sesuatu yang baru untuk di terokai Reign adalah yang terbaik. Proses boot Reign antara paling laju di antara pesaingnya; 20 saat. Fedora memerlukan anda bersusah payah sedikit untuk memastikan semua perkakasan mesin (bleeding edge computer) anda berjalan dengan sempurna dan perisian yang betul.
10.Fedora 11 Live KDE 64bit
Ini adalah Fedora 11 – Reign Live CD dengan Desktop Environment dikenali KDE. Media ini adalah untuk instalasi pada mesin 64bit sahaja. Kelebihan Live CD adalah anda tidak perlu risau akan kehilangan data pada hdd anda sekiranya anda sekadar ingin mencuba versi ini. Ia akan boot dalam RAM pada mesin anda, sekiranya anda menyukainya anda boleh terus melakukan instalasi melalui desktopnya sahaja (Ingat! Proses ini akan melibatkan penghapusan data pada hdd anda, pastikan anda tahu apa yang anda lakukan).

11.mandriva-linux-free-2009.1-i586 (DVD)
Media ini adalah Linux Distribution keluaran Mandriva, yang mana dahulu dikenali sebagai Mandrake; servis yang berikan ini adalah untuk keluaran yang percuma sahaja. Media ini adalah 32bit dan anda boleh membuat instalasi kepada mesin 32 bit atau 64 bit. Semua kandungan didalam media ini adalah perisian yang dilesenkan dibawah GNU Public License. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mandriva bersama keseluruhan “plugins and proprietory driver” saya juga boleh memuat turun untuk anda.
12.openSUSE-11.1-KDE4-LiveCD-x86_64
Media ini adalah Live CD bagi openSUSE 11.1 jenis 64bit dengan Desktop Environment KDE4. KDE terkenal sebagai antaramuka yang cantik dan bagi anda yang mahu beralih dari Microsoft ia amatlah sesuai kerana antaramukanya hampir menyerupai windoz, jadi anda tidaklah terkena “culture shock” yang keterlaluan. Media ini cuma sesuai untuk mesin 64 bit sahaja.
13.openSUSE-11.1-DVD-i586
Ini adalah Instalasi DVD dari jenis 32 bit untuk mesin 32 bit dan 64 bit. Media ini adalah instalasi lengkap bagi openSUSE 11.1, berbanding dengan Live CD media ini mempunyai kandungan perisian yang lebih lengkap dan anda boleh membuat pemilihan kandungan yang anda ingini di instalasikan pada mesin anda.
14.openSUSE-11.1-KDE4-LiveCD-i686
Media ini adalah sama dengan media no.12, cuma media ini adalah dari jenis 32 bit dan ia sesuai untuk mesin 32 bit dan 64 bit.
15.sabily-9.04-desktop-i386-full-with-recitations (DVD)
Ini adalah media jenis 32 bit dan ia lengkap perisian islamik termasuk kalendar hijrah, waktu solat, 30 juzu' Al-Quran serta audio bacaan Al-Quran dan banyak lagi. Sabily di lahirkan dari Ubuntu. Sabily dilahirkan untuk Muslim seluruh dunia dan bagi bukan muslim anda dialu-alukan menggunakannya. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut sabily di lamannya; sabily.org.
16.ubuntu-9.04-desktop-i386 (Live CD)
Ubuntu adalah antara Distribution paling popular di kalangan pengguna Linux, kerana ia mudah untuk dikonfigurasikan dan kebiasaannya anda tidak perlu melakukan apa-apa selepas instalasi, mesin dan perkakasan anda sudah tersedia untuk anda gunakan. Ubuntu adalah berdasarkan debian dan “repository”nya adalah dari debian. Kepopularan sistem operasi ini di Malaysia terbukti sehingga melahirkan komuniti Ubuntu Malaysia, anda boleh google saja untuk mendapatkan maklumat komuniti ini.
17.gparted-live-0.4.5-2
Media ini adalah Live CD Partition Editor untuk cakera keras anda. Media ini tidak sesuai untuk HP Pavillion komputer sahaja; masalah ini masih dalam proses baik pulih; anda boleh rujuk masalah ini di laman gparted.

Pilihan akan bertambah lagi di masa akan datang.
Tawaran ini hanya terbuka untuk seluruh Malaysia sahaja.
Anda juga boleh meminta saya muat turun dan mem"bakar" sebarang "distribution" yang anda berminat.(Cuma Linux sahaja)

Sebarang pertanyaan, permintaan atau urusan pembelian anda boleh ajukan kepada saya di sini terlebih dahulu. Tinggalkan komen anda dengan email untuk di hubungi.

Jadilah antara pengguna perisian terbaik di dunia di Malaysia. Sumber terbuka.

Kepada sesiapa yang mahu melihat barangan saya yang di jual di ebay, sila klik di sini.