gunolinux! adalah untuk kita semua belajar dan memberi pandangan bersama mengenai penggunaan sistem sumber terbuka dalam bahasa melayu, aku bukan lah pandai sangat dalam bidang ni tapi aku kongsi apa yang aku ada dgn semua...terutama linux.jom belajar! DAN MAIN!!!

PERHATIAN!PERHATIAN!PERHATIAN!

Salam kepada semua,

Anda mahu lihat tawaran, pos atau entri saya yang terkini?


Kini saya lebih kerap kemaskini blog XOXV.

Sila ikuti saya disana juga.

Tuesday, November 24, 2009

Nvidia aku tidak boleh simpan konfigurasi.

Kepada yang mengalami masalah yang sama dengan saya; masalah menyimpan konfigurasi Nvidia X Server Setting, apabila ingin membuat simpanan konfigurasi yang baru; output seperti berikut: "Failed to parse /etc/X11/xorg.conf".

Bolehlah mencuba cara ini.

Buka terminal anda.

sudo gedit /etc/X11/xorg.conf

Teks editor gedit akan memaparkan kandungan fail xorg.conf; anda "copy and paste" kandungan tersebut ke dalam teks editor yang baru. (Buka fail teks editor yang baru dalam gedit; File>>New)

Kemudian simpan dimana-mana direktori yang anda suka sebagai backup dengan nama xorg.conf.backup.

Ini bertujuan menyelamatkan konfigurasi Nvidia X Server Setting terdahulu sekiranya konfigurasi baru membawakan masalah paparan pada monitor anda.

Penyelesaian:

>>Buka terminal/shell anda
>>sudo rm /etc/X11/xorg.conf

Arahan ini adalah bagi membuang fail xorg.conf

>>gksudo nvidia-settings
Arahan ini adalah untuk memulakan semula Nvidia X Server Settings.
Kemudian lakukan semua perubahan konfigurasi yang anda mahukan, "apply", simpan konfigurasi baru anda dan nvidia-settings akan lihat bahawa tiada fail xorg.conf. Window baru akan terbuka dan anda klik pada "Show Preview"; sila salin kandungan fail tersebut. Biarkan nvidia-settings terbuka dan buka terminal/shell yang baru.

>>sudo touch /etc/X11/xorg.conf && sudo gedit /etc/X11/xorg.conf
Arahan touch akan menghasilkan fail baru dalam /etc/X11 dan arahan gedit akan membuka fail tersebut di dalam perisian gedit(teks editor).

Tampalkan isi kandungan fail yang anda salin dari nvidia-settings tadi dalam fail xorg.conf tersebut. Simpan dan boot semula.

Selamat berjaya!




No comments:

Post a Comment