gunolinux! adalah untuk kita semua belajar dan memberi pandangan bersama mengenai penggunaan sistem sumber terbuka dalam bahasa melayu, aku bukan lah pandai sangat dalam bidang ni tapi aku kongsi apa yang aku ada dgn semua...terutama linux.jom belajar! DAN MAIN!!!

PERHATIAN!PERHATIAN!PERHATIAN!

Salam kepada semua,

Anda mahu lihat tawaran, pos atau entri saya yang terkini?


Kini saya lebih kerap kemaskini blog XOXV.

Sila ikuti saya disana juga.

Sunday, June 14, 2009

Nak beli CD/DVD Linux??

Salam kepada semua,

Anda mahu dapatkan salinan Linux untuk PC, Laptop @ Server anda.

Anda boleh dapatkan dari saya, anda cuma perlu bank-in RM4.70(CD/DVD) + RM5.00(Postage) ke dalam akaun saya dan email kepada saya salinan deposit dan alamat anda.

Linux adalah sistem pengoperasian yang sangat stabil untuk komputer atau server anda. Dan yang paling penting ia adalah percuma.

Bayaran yang saya kenakan adalah untuk servis saya download, "bakar" CD/DVD :-) dan poskan kepada anda. Urusan ini adalah berdasarkan kepada anda percayakan saya, berapalah sangat RM 9.70 berbanding anda terpaksa menunggu muat turun berhari-hari dan mem"bakar" CD/DVD itu. Jaminan saya ialah saya akan test dulu "bakar"an saya sebelum saya hantar kepada anda:-)

Jadilah pelanggan saya yang pertama dan saya berharap bila anda mendapat apa yang saya poskan, tolong tinggalkan testimoni dalam post ini.
Sekarang yang berada dalam tangan saya:-

1.debian 502 DVD1 32bit
Instalasi media yang utama, anda memerlukan DVD yang pertama ini untuk melakukan instalasi Sistem Operasi Linux Debian; nickname, Lenny. Pada 27 June 2009 debian.org telah mengeluarkan versi terbaru Lenny dengan no. siri 502, berdasarkan kenyataan debian.org siri ini cuma sekadar “update” keselamatan untuk 501, anda boleh dapatkan DVD ini dari saya. Anda tidak perlu membuang masa dan ruang broadband anda untuk muat turun keseluruhan DVD. Debian adalah Linux distribution yang paling besar komuniti dan sumbernya.
2.debian 502 DVD2 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini. Pakej tambahan ini ada sebanyak 5 DVD; 2, 3, 4, 5 dan 6.
3.debian 502 DVD3 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini.
4.debian 502 DVD4 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini.
5.debian 502 DVD5 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini.
6.debian update 502 DVD1 32bit
DVD ini adalah pakej tambahan perisian untuk debian lenny 502, mungkin sesetengah program yang anda perlukan berada dalam DVD ini.
7.Fedora 11 DVD 32bit
Ini adalah instalasi media bagi Fedora terbaru; nickname, Reign. Fedora 11 ini adalah untuk instalasi terhadap mesin 32 bit dan 64 bit. Fedora adalah Linux distribution yang dilahirkan oleh Red Hat sebagai medan ujian teknologi perisian terbaru mereka sebelum dimasukkan ke dalam Red Hat Linux versi komersil. Jadi sekiranya anda mengharapkan sesuatu yang baru untuk di terokai Reign adalah yang terbaik. Proses boot Reign antara paling laju di antara pesaingnya; 20 saat. Fedora memerlukan anda bersusah payah sedikit untuk memastikan semua perkakasan mesin (bleeding edge computer) anda berjalan dengan sempurna dan perisian yang betul.
8.Fedora 11 Live KDE 32bit
Ini adalah Fedora 11 – Reign Live CD dengan Desktop Environment dikenali KDE. Media ini boleh di instalasi pada mesin 32bit dan 64bit. Kelebihan Live CD adalah anda tidak perlu risau akan kehilangan data pada hdd anda sekiranya anda sekadar ingin mencuba versi ini. Ia akan boot dalam RAM pada mesin anda, sekiranya anda menyukainya anda boleh terus melakukan instalasi melalui desktopnya sahaja (Ingat! Proses ini akan melibatkan penghapusan data pada hdd anda, pastikan anda tahu apa yang anda lakukan).
9.Fedora 11 DVD 64bit
Ini adalah instalasi media bagi Fedora terbaru; nickname, Reign. Fedora 11 ini adalah untuk instalasi terhadap mesin 64bit sahaja. Fedora adalah Linux distribution yang dilahirkan oleh Red Hat sebagai medan ujian teknologi perisian terbaru mereka sebelum dimasukkan ke dalam Red Hat Linux versi komersil. Jadi sekiranya anda mengharapkan sesuatu yang baru untuk di terokai Reign adalah yang terbaik. Proses boot Reign antara paling laju di antara pesaingnya; 20 saat. Fedora memerlukan anda bersusah payah sedikit untuk memastikan semua perkakasan mesin (bleeding edge computer) anda berjalan dengan sempurna dan perisian yang betul.
10.Fedora 11 Live KDE 64bit
Ini adalah Fedora 11 – Reign Live CD dengan Desktop Environment dikenali KDE. Media ini adalah untuk instalasi pada mesin 64bit sahaja. Kelebihan Live CD adalah anda tidak perlu risau akan kehilangan data pada hdd anda sekiranya anda sekadar ingin mencuba versi ini. Ia akan boot dalam RAM pada mesin anda, sekiranya anda menyukainya anda boleh terus melakukan instalasi melalui desktopnya sahaja (Ingat! Proses ini akan melibatkan penghapusan data pada hdd anda, pastikan anda tahu apa yang anda lakukan).

11.mandriva-linux-free-2009.1-i586 (DVD)
Media ini adalah Linux Distribution keluaran Mandriva, yang mana dahulu dikenali sebagai Mandrake; servis yang berikan ini adalah untuk keluaran yang percuma sahaja. Media ini adalah 32bit dan anda boleh membuat instalasi kepada mesin 32 bit atau 64 bit. Semua kandungan didalam media ini adalah perisian yang dilesenkan dibawah GNU Public License. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mandriva bersama keseluruhan “plugins and proprietory driver” saya juga boleh memuat turun untuk anda.
12.openSUSE-11.1-KDE4-LiveCD-x86_64
Media ini adalah Live CD bagi openSUSE 11.1 jenis 64bit dengan Desktop Environment KDE4. KDE terkenal sebagai antaramuka yang cantik dan bagi anda yang mahu beralih dari Microsoft ia amatlah sesuai kerana antaramukanya hampir menyerupai windoz, jadi anda tidaklah terkena “culture shock” yang keterlaluan. Media ini cuma sesuai untuk mesin 64 bit sahaja.
13.openSUSE-11.1-DVD-i586
Ini adalah Instalasi DVD dari jenis 32 bit untuk mesin 32 bit dan 64 bit. Media ini adalah instalasi lengkap bagi openSUSE 11.1, berbanding dengan Live CD media ini mempunyai kandungan perisian yang lebih lengkap dan anda boleh membuat pemilihan kandungan yang anda ingini di instalasikan pada mesin anda.
14.openSUSE-11.1-KDE4-LiveCD-i686
Media ini adalah sama dengan media no.12, cuma media ini adalah dari jenis 32 bit dan ia sesuai untuk mesin 32 bit dan 64 bit.
15.sabily-9.04-desktop-i386-full-with-recitations (DVD)
Ini adalah media jenis 32 bit dan ia lengkap perisian islamik termasuk kalendar hijrah, waktu solat, 30 juzu' Al-Quran serta audio bacaan Al-Quran dan banyak lagi. Sabily di lahirkan dari Ubuntu. Sabily dilahirkan untuk Muslim seluruh dunia dan bagi bukan muslim anda dialu-alukan menggunakannya. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut sabily di lamannya; sabily.org.
16.ubuntu-9.04-desktop-i386 (Live CD)
Ubuntu adalah antara Distribution paling popular di kalangan pengguna Linux, kerana ia mudah untuk dikonfigurasikan dan kebiasaannya anda tidak perlu melakukan apa-apa selepas instalasi, mesin dan perkakasan anda sudah tersedia untuk anda gunakan. Ubuntu adalah berdasarkan debian dan “repository”nya adalah dari debian. Kepopularan sistem operasi ini di Malaysia terbukti sehingga melahirkan komuniti Ubuntu Malaysia, anda boleh google saja untuk mendapatkan maklumat komuniti ini.
17.gparted-live-0.4.5-2
Media ini adalah Live CD Partition Editor untuk cakera keras anda. Media ini tidak sesuai untuk HP Pavillion komputer sahaja; masalah ini masih dalam proses baik pulih; anda boleh rujuk masalah ini di laman gparted.

Pilihan akan bertambah lagi di masa akan datang.
Tawaran ini hanya terbuka untuk seluruh Malaysia sahaja.
Anda juga boleh meminta saya muat turun dan mem"bakar" sebarang "distribution" yang anda berminat.(Cuma Linux sahaja)

Sebarang pertanyaan, permintaan atau urusan pembelian anda boleh ajukan kepada saya di sini terlebih dahulu. Tinggalkan komen anda dengan email untuk di hubungi.

Jadilah antara pengguna perisian terbaik di dunia di Malaysia. Sumber terbuka.

Kepada sesiapa yang mahu melihat barangan saya yang di jual di ebay, sila klik di sini.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya berminat utk dapatkan Fedora 11 DVD

    peaceoutz@gmail.com

    ReplyDelete
  3. cik mospeada,
    adakah anda mempunyai acc ebay malaysia?
    saya juga ada membekal servis ini disana.

    anda cuma perlu cari saya dgn nama

    maharajasemesta

    saya akan hubungi anda.

    ReplyDelete
  4. Salam..saya sedang mencari alternatif kepada os windows 7 (pirate) kerana ingin menceburi bidang perniagaan design dan printing (agar mendapat rezeki yang halal dan berkat)..bercadang ingin menggunakan perisian opensource inkscape..linux os mana yang sesuai bagi tujuan tersebut?..berminat untuk membeli CD nya dari saudara..terima kasih..

    zailanibinosman@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam, Cik Zailani...saya telah lama tidak kemaskini laman ini...terlalu bz dgn kerja n bagai...walaubagaimanapun pd pandngan sy ubuntu merupakan os yg paling sesuai utk org yang baru mahu kenali linux...wujud komuniti tempatan yg boleh membantu anda secara forum...pemasangan inkscape juga lebih mudah berbanding yg lain dalam ubuntu...antaramuka os yg mudah difahami bagi pengguna windows...anda boleh muat turun iso image ubuntu di laman ubuntu.com...n bakor software tersebut dalam cd untuk instalasi anda...harap maklumat ini membantu...terima kasih...

    ReplyDelete